Monday, August 1, 2016

Road trip ke Iceland

ICELAND you had me at hello!!!




Dari London Luton Airport to Keflavik International Airport by Easy jet EZ2295.
(disebabkan tiada direct flight dari Jeddah ke Iceland, so kitorang decide untuk singgah sahur di London dulu and naik domestic airline ke Iceland).
Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam, kami sampai lebih kurang 10.30 am local time selepas flight delayed lebih kurang 1 jam 15minit disebabkan emergency evacuation dekat Luton Airport.Seriously, ingat tak sampai dah ke Iceland... Alhamdulillah, if it meant to be it will be..rezeki. Mengingatkan kitorang betapa pentingnya  travel insurance (pilihlah mana yang bersesuaian).
Sesampai je kat airport, terus ke Blue Car Rental office yang terletak lebih kurang 15minit berjalan kaki untuk mengambil kereta sewa yang dah ditempah siap 2minggu sebelum keberangkatan.
p/s : banyak review yang agak tak baik pasal rental car company kat sini, so choose it wisely and  do review the details of insurance applied. 
our companion : SUZUKI VITARA

  • Our car was upgraded by the company from 2WD to 4WD + extra one more router + GPS + free extra driver fee. Alhamdulillah. So instead of Suzuki Swift, dapatlah kitorang kereta Suzuki Vitara, tak sure tahun bila, tapi condition sangatlah baik.
  •  NO NEED international license for Malaysian.
  •  Harga :  40,800 ISK ( RM 1380) for 2 days.

So bermulalah road trip kami...
Menggunakan google maps and hard copy map yang diprint sebelum fly, kitorang bergerak dari Keflavik ke Reykjavik untuk mendapatkan bekalan makanan. So untuk bahan mentah, boleh dapatkan di Bonus ( macam Tesco kat Malaysia ). Agak susah untuk dapatkan halal foods kat sini, even Bonus ni punya logo pun binatang tersebut. Tapi makanan untuk herbivor tetap ada jangan risau.

Kucing bermuka berlagak




view camni, setiap 5 minit pun rasa nak stop


  • Sebenarnya, hanya 18jam diperlukan kalau kita nak cover keseluruhan Ring Road, t tanpa henti. Tapi dengan view yang unik dan sangat cantik, memang taklah nak dapat. P/S : Do bring your extra memory card and battery for your camera.



Destinasi1 : Seljalandsfoss



The Seljalandafoss

  • Boleh nampak dari Ring Road
  • From Selfoss, head to Vik, South of Iceland
walk behind the stunning waterfall

lepak-lepak minum kopi yang disahkan halal oleh kitorang


Destinasi2 : Skogafoss

dok gerua sorang2

  • Selepas puas bermain dekat Seljalandafoss, kitorang teruskan perjalanan ke South of Iceland to the next waterfall : Skogafoss di Skogar.
  • Lebih kurang 28km dari Seljalandafoss and visible from Ring Road.
  • kalau cuaca baik, dapatla tengok pelangi
  • Kat sini ada  camping site, toilet and cafe.
ada trails untuk naik ke atas


view dari atas



subhanallah #indahbumiAllah

  • Disebabkan kitorang pergi masa summer, so siang memang panjang #midnightsunphenomenon. Memang tak hengatla bermain tak sedar diri kat sini.
  • Maghrib masa tu dalam 11.30pm.
Kitorang teruskan perjalanan ke Vik untuk cari tempat yang selamat untuk parking kereta dan tidurrrr sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Untuk pakar tidur seperti #baihuhu memang xdek masalah, 6 jam mimpi indah,

Bangun pagi dengan view gunung-ganang menghijau macam bila-bila masa saja teletubies akan keluar. Subhanallah. Ready for the next adventure yeahhhh!! semangat2 (kalau pergi kerja semangat macam ni mesti dah lama sailang boss punya position hehehe)


Destinasi3 : Jokusarlon

Iceberg lagoon

  • Perjalanan ke Jokusarlon, lebih kurang 3 jam memandu dari Vik 
  • Permandangan lebih indah dari semalam
  • Beach before the one lane bridge and lagoon after the bridge
  • Toilet, cafe and souvenir shop, boat tour. 



the beach

So, kitorang berpatah balik menghala  ke Reykjavik mengikut plan yang telah dirancang.

Destinasi4: Wreckage Plane Site


The Douglas super DC-3
  • Location : Solheimasandour beach
  • Diantara Vik and Skogafoss. ( carpark di sebelah kiri jika dari Vik ).
  • Kitorang menapak lebih kurang 45minit dari tempat letak kereta (4km sehala), ditambah dengan kelajuan angin yang boleh melemparkan tudung ke muka kawan
  • Ia adalah milik U.S Navy yang terhempas pada tahun 1973 and the crew all survived. ( tapi tempat ni sunyi, elakkan waktu gelap).

Kami teruskan perjalanan ke Golden Circle
Di Golden Circle ada 3 main attractions : Gullfoss; Thingvellir National Park; Geysir
Tapi kerana kesuntukan masa, kami pilih untuk hanya ke Gullfoss.

Destinasi terakhir : Gullfoss

The Gullfoss

12midnite view : bila malam & siang masing masing tak nak mengalah


  • Kami berjaya buat road trip lebih kurang 1600km dalam masa 36jam. InshaAllah, next time kita akan pergi lebih lama lagi..uaaa memang tak bleh nak get over dengan tempat ni. Selepas Gullfoss, kitorang terus ke Keflavik untuk kejar flight to Frankfurt. Tepat masa, return kereta yang terlebih dahulu dibersihkan di stesen minyak, Alhamdulillah, tidak dikenakan extra caj, kami dihantar ke airport oleh staff.

my travel companion; Kak Haida


Iceland terkenal dengan one of the highest taxes in the world. Menggunakan matawang Icelandic Krona.
Ground cost for 2days in Iceland:

Kereta sewa : RM 1380/2
Petrol           : RM 300/2
Makanan      : RM 100/2

** kitorang x sewa hotel or any guest house

Total per person : RM890

Tips jimat : Seperti biasa book awal or choose non peak season, camping style or couchsurfing; sewa kereta at least 2-5 orang or hitchiking.






















No comments:

Post a Comment