Monday, August 15, 2016

2 nights in London part 1 (London-Iceland-Frankfurt)

Last minit, kitorang masukkan London dalam itinerary. Trip asal adalah ke Iceland melalui Frankfurt. Tetapi, demi mendapatkan harga flight seminimum yang boleh, dan penggunaan masa semaksimum yang boleh sebab kitorang cuma ada 6 hari, jadi kitorang decide untuk stay dekat London untuk dua malam. Kenapa, sebab masa tu, flight Frankfurt-London-Iceland = RM 800 by Lufthansa & Easy Jet compared to Frankfurt-Iceland by Icelandic Air = RM1800 dan kami akan merugikan masa menunggu di Frankfurt Main Airport lebih kurang 8jam. Untuk travel insurance plak kitorang pilih pakej RM150 for 10days journey dari WorldNomad.com.

15 Julai 2016,
Saat masyarakat Malaysia semakin rakus mengupload gambar-gambar open house Aidilfitri tanpa perasaan (bikin panas), kitorang yang dah penat menepal di hari raya plak terbang ke Frankfurt dari Jeddah menggunakan perkhidmatan Royal Jordanian Airline. Harga return tiket Jeddah-Frankfurt-Jeddah = RM1900. Itulah tiket termurah selepas 2 minggu buat survey. Itupun kena transit dekat Queen Aliaa International Airport, Jordan selama 2 jam. Okeylah...
Royal Jordanian Airline

Hari itu adalah hari naik turun kapal terbang dan lalu lalang depan imigresen. Penat. Masa tu terfikir kalaulah ambil direct flight. Tapi itulah, musim perayaan macam ni, harga tiket pun melambung-lambung sebab pak Arab pergi raya overseas. Tambahan pulak musim-musim panas camni. Semua pakat pergi cari negara sejuk. Tiket balik Malaysia pun mahal mencecah RM4000. So takat cuti 6 hari, baik pergi yang mana dekat je kan..alasan huhuhu

Selepas 4 jam setengah perjalanan, flight mendarat di Frankfurt Main Airport, Terminal 2. Masa tu jam lebih kurang 2.30pm local time. Kitorang memang plan awal-awal hanya untuk bawak  hand luggage sahaja memandangkan trip kali ni serupa explore race. Memang sangat menjimatkan masa dan mengurangkan risiko permasalahan berkaitan dengan baggage.

Cuma masalahnya sekarang, kat mana Terminal 1??? Sebab dekat booking itinerary, flight Lufthansa Frankfurt - London Heathrow adalah di Terminal 1. Sorang ke wing kanan, sorang ke wing kiri cari check-in kaunter, tapi tak jumpa. Hampa. Ada masa lebih kurang satu jam setengah sahaja sebelum boarding time. Tanpa membuang masa, kitorang terus ke information counter. Menurut pegawai di situ, perlu naik airport bus jika mahu  ke Terminal 1 di mana syarikat penerbangan terkenal Germany, Lufthansa beroperasi di situ. Lebih kurang 15minit perjalanan, bas berhenti di hadapan departure hall gate.

Memang Lufthansa punya tempat laaa...semua kaunter dia jeee..Laju-laju kitorang jalan, menapak ke kaunter untuk check-in. Nampak check-in kiosk, kitorang pun pergi kat situ. Banyak kali try tapi setiap kali nak scan passport tak lepas.. kitorang terus pergi ke kaunter. Mereka sebolehnya nak kita check-in guna kiosk jugak.Hmmm..okeyla..tapi lepas tu diorang refer ke kaunter jugak..itulahh orang dah explain tadi tak caya sangat..by the way, Lufthansa staff sangat polite & helpful. No sarcasm. Passport tak bleh nak scan sebab banyak sangat dawai kokot sebab dekat KLIA pun aku pernah kena camtu jugak. Kadang-kadang geram aku dengan HR. Suka-suka hati stapled passport orang. Berapa kali dah cakap..aishhh...emo sekejap.
sambung balik citer..

Jam 5pm, flight LH916 bound to Heathrow airport departed.

Flight landed at London-Heathrow Airport selepas 1 jam 40minit . Suhu masa tu 16 darjah celsius. Local time 5.40pm. London lewat satu jam dari Frankfurt, lewat 2 jam dari Saudi Arabia, lewat 7 jam dari Malaysia. Seperti biasa, for Malaysian, isi visa on arrival dalam flight. Saat turun dari kapal, feeling dia lain macam. Rasa macam tak sangka jejak jugak aku kat sini. Memang impian jadi kenyataan. Alhamdulillah syukur.
ayahmak..cek dah sampai sini :)

Alhamdulillah, mudah sahaja untuk melalui London Immigration. Tak banyak soal. Dia pun penat agaknya dah petang-petang camtu. Aku tengok muka kak Haida pun dah lesu, lipstik semua dah hilang. Muka aku tak yah citer la, tudung pun dah senget benget.
check balik itinerary

Penat?? memang penat, tapi semangat nak explore London itu malam juga memang meluak-luak..sama naik aku ngan kak Haida..muka excited kemain memasing (saat menaip ni, aku memang rindu giler time tu).

Kitorang ke ticket vending machine untuk beli Oyster Card. Oysters card ni adalah option selain London Pass. So setelah membuat research, aku rasa Oyster Card inilah yang paling afdal sekali dengan perjalanan singkat kitorang. Setiap seorang beli satu Oyster Card  "pay as you go" dengan nilai 15GBP. Secara ringkasnya, kad ini boleh digunakan di sekitar London untuk bus dan tube. Deposit kad sebanyak GBP 5. Credit balance and deposit are refundable. Reload & refund boleh dilakukan dekat ticket vending machine. Maximum sehari akan ditolak nilai adalah GBP6 walaupun sebanyak mana kali pun kita swipe. Dan jika penggunaan tidak melebihi GBP6, penolakan adalah berdasarkan nilai yang digunakan sahaja. Habis skema ayat aku tapi kalau tak dapat jugak tengoklah dekat sini senang citer https://oyster.tfl.gov.uk/oyster/entry.do

oyster card


Dari London Heathrow ke King Cross Station harga memang tak termasuk pakej tu, tapi still boleh gunakan Oyster Card dan lebih murah GBP5.10 (mon-friday 0630H-0930H) & GBP 3.10 all other times. Perjalanan about an hour.

Sampai sahaja di Kings Cross station yang terkenal dengan Platform 9 3/4 tu ( for Harry Potter die hard fan ), kitorang bergegas keluar untuk mencari hotel yang ditempah melalui booking.com. Hotel Meridiana, terletak 200meter dari Kings Cross Station. Harga untuk satu malam adalah RM475. Sengaja ambil hotel berdekatan main station of London ni sebab kitorang perlu bergerak ke Luton Airport tengah malam  esoknya dari St. Pancras station yang terletak bersebelahan dengan Kings Cross station.
Lagi satu stesen di situ adalah King Cross St. Pancras station yang beroperasi untuk tube.

Checked-in dan simpan bag, dengan lajunya kitorang get ready to Oxford Street yeahhhhh..sape giler shopink, inilah tempatnya. Banyak butik-butik dekat situ. Meriah. Boleh tergugat jugak la iman kitorang. Masing-masing senyum sampai ke telinga. Jalan-jalan sampai kedai tutup. Pukul 9pm dah tutup...ape daaa
The Oxford Street

Kitorang decide untuk lepak-lepak ambil angin malam di sekitar Kings Cross. Dinner malam tu adalah di Turkish Restaurant. Portion dia memang besar giler. Tak mampu nak habiskan kitorang tapau buat sarapan kononnya. Harga sepinggan besar Mixed Kebab = GBP10. Sepatutnya kitorang kongsi jeee kan,, kalaulah tahu.

Lepas makan, nampak kedai souvenir depan stesen tu masih bukak. Kitorang pergilah situ tengok-tengok apa yang ada. Aku beli postcard sekeping untuk hantar ke Malaysia. Post office?? ada dalam convenient store just beside McD di seberang jalan. Harga setem GBP1.70.

Lepas tu, kitorang balik bilik dan tidur mimpi indah. Phewww..lap dahi bila ingatkan aktiviti sepanjang hari tu.
Station to Hogwarts













No comments:

Post a Comment