Saturday, August 13, 2016

osakakyoto 2016 part 2

Arashiyama Bamboo Groves

So hari ke-2, plan kami adalah ke Kyoto. Sebab agak kepenatan semalam seharian bersiar sekitar Osaka, hari ini bermula agak lambat. Lebih kurang 11am barulah kitorang mulakan perjalanan kali ni ke Kyoto.

Disebabkan apartment Chie  berdekatan dengan Higashi-Yodogawa station yang menyediakan perkhidmatan JR train ke Kyoto,so betterlah kitorang pilih yang itu sebab alang-alang dah dekat dan lebih murah. Harga tiket 560yen sehala. Tempoh perjalanan adalah lebih kurang 30minit.  Last stop tren ini adalah di Tatsuki, di mana kita perlu menukar tren untuk ke Kyoto station.  Terpinga-pinga jugak time tu apasal semua orang turun dekat situ.So apa lagi, malu bertanya sesat jalan. Siapa depan mata, dialah mangsa huhuhu. Sedaya upaya hakak Jepun tu mintak husband dia explain dekat kitorang bila kitorang tanya do we have to change the train here???.Ohh.. kena tukar tren..tapi masih di platform yang sama dan menggunakan tiket yang sama.
Masa tengah tunggu tren yang akan bawa kitorang ke Kyoto datang, tiba-tiba datang satu Shinkansen bordosup lajunyer...phewww..nasib baik tak melayang tudung I.. Masa tu dah cakap kat kak Ina, balik karang kita naik itu nakkkk..kak Ina seperti biasa oraitttt je. So sepanjang perjalanan dengan JR tren ke Kyoto, bolehla nampak rumah-rumah ala-ala kawasan perumahan Nobita and the gang. Ada jugak pelajar-pelajar sekolah yang naik tren tu, ada muka nerd, muka kiut miut macam anime, tapi semua behave je. Senang citer, semuanya senyap je, either membaca or just layan perasaan, or just duduk tegak macam statue.
p/s: no food allowed in the train

Sampai je di Kyoto Station, kitorang bergegas membeli tiket untuk ke Arashiyama selepas mendapatkan informasi dari pegawai di Kyoto Station Information Counter. So nak ke Arashiyama,kita boleh naik train JR Sagano Line direction to Saga-Arashiyama station. Harga tiket 240yen. Di Kyoto Station, dah mula nampak gadis-gadis yang beryukata. Comel jee. So makin semangat nak ke Arashiyama yang terkenal dengan Bamboo Groves tu. Selepas lebih kurang 10minit perjalanan, sampailah kami di Arashiyama station. Nyaman je rasa bila menghirup udara segar kat situ.


Kitorang pun mula la menapak dan menghabiskan masa dekat Arashiyama Bamboo Groves tu.
paid a visit to my  rakan se-ninja



Banyak kedai-kedai souvenir dan gerai-gerai makanan  serta rumah - rumah tradisional sepanjang perjalanan ke Bamboo Groves. Suasana sangat aman damai. Bila masuk kawasan rumah, rasa macam ada ninja tengah meninja pun ada..over kannn..huhuhu. Ada jugak kedai untuk menyewa kimono atau yukata. So memanglah ramai yang beryukata dan put on make up ala-ala geisha. It's really nice thing to be tried, tapi takdek rezeki untuk aku and kak Ina. Next time InshaAllah. Untuk ke Bamboo Groves, terdapat juga perkhidmatan  rickshaw  kalau tak larat nak jalan.

orang biasa basikal tua

Seharian kitorang habis masa kat situ. Masa tu aku rasa tempat-tempat yang nyaman macam Arashiyama memang menenangkan. Aku yang dulu lebih prefer town. Agaknya dah bosan dengan kebisingan kota  or proses penuaan mungkin. Lantaklah kat situ..

Lebih kurang pukul 6pm kitorang gerak semula ke Kyoto Station untuk pulang ke Osaka. #malaminikitapunya adalah di sekitar Namba and Dotonbori..Kita tengok nanti sempat tak nak pergi...

So masa balik, memang kitorang pun try la Shinkansen/bullet tren tu yang terkenal dengan kelajuan tahap gaban itu. Memang laju MasyaAllah,12minit dah sampai Shin-Osaka Station. Tapi harga tiket 1420yen untuk non reserved seat, macam mana melayang lajunya, macam itulah duit kitorang jugakk..phewww lap dahi. Platform 1-3 adalah untuk non-reserved seat. Non seat reserved means kalau tempat duduk dah penuh, silalah berdiri. Platform yang lain adalah untuk reserved seat @ green card. So sila jangan salah naik kalau tak nak kena extra caj. Tiket boleh dibeli di kaunter Shinkansen dekat Kyoto Station. Masa kitorang balik, tren tak penuh, dapatlah duduk dekat tepi tingkap dan masa tu sunset, MashaAllah cantik sungguh.





No comments:

Post a Comment