Thursday, August 11, 2016

osakakyoto 2016 part 1




Baihuhu Jejak Jepun


Japan..here I come!!! Jepun memang dalam Baihuhu's to explore list sejak dahulu kala lagi. Maybe disebabkan oleh pengaruh anime, silibus sejarah and dasar pandang ke timur oleh Tun M. Kebetulan AA ada buat Big Shot dalam bulan Februari kalau tak silap so dapatlah return tiket RM 700, termasuk sekali makan and no baggage, no insurance. Aku prefer ambil travel insurance dari company sebab lebih murah and coverage pun agak bagus. So untuk 5 hari aku pilih travel insurance dari ACE Jerneh harga RM32. So sehari selepas sampai dari Saudi, aku siap-siap mengemas backpack 22L. Cukuplah untuk short trip kitorang selama 4 hari. Kali ni, travel companion aku adalah kakak aku, Kak Ina. Sepatutnya kakak sulung aku pun join sekali, tapi disebabkan tuntutan kerja..#boring  :p , so she was out of list. Berlepaslah kami ke KIX dari KLIA jam 1500H  tanggal 2 Mei 2016.

Selepas 6 jam kebosanan dalam flight ( series..dalam handphone dah la xdek satu game pun  *rahsia handphone aku boleh bertahan, we're going to celebrate our 4th anniversary on June next year*  
masa tu terpikir at least kalau aku ada solitaire..aishhh ), lepas bangun tido bangun tido finally announcement for landing  at Kansai International Airport was made..finallyyyyy..ho yeahhhh!! jam 10pm local time. p/s waktu Jepun awal 1 jam dari Malaysia.

Sebab tiada checked in baggage, selepas settle urusan immigration, kitorang terus follow exit sign. Cerita pasal immigration, kita akan diberikan satu form untuk visa on arrival dalam flight, so just isi macam biasa, cuma untuk accomodation adress, letak sekali nama tuan rumah @ pemilik guest house jika bukan sewa dengan hotel, sebab di kaunter imigresen diorang memang insist untuk itu.
Sebelum keluar dari arrival hall, seorang pegawai immigration dengan penuh sopan minta supaya hand luggage Kak Ina yang penuh dengan makanan dibuka. Satu persatu diperiksa, tapi Alhamdulillah kami dilepaskan. Nervous jugak I kejap, tapi sikap pegawai tu yang sopan dan mesra buat aku rasa InshaAllah perjalanan kali ni baik-baik saja. Bukan apa, setelah 2tahun jadi expat dekat Saudi, macam dah lama tak nampak orang yang sopan camtu. So tundukkan ala Nippon aku bermula di situ...haippp..feeling dia rasa semacam beb..hihhihi
p/s makanan : maggie cup kari, kismis, dates, pistachio, roti, Nescafe 3 in 1.

Sedar diri sampai lambat, so terus kitorang menapak ke information counter. Menurut brader kat kaunter tu, kitorang boleh ke bandar menaiki bas memandangkan perkhidmatan tren dah tamat untuk hari itu.
So mana nak beli tiket??? ada kat luar airport, vending machine untuk tiket, dekat tempat menunggu airport bus. Harga tiket sehala : 1550yen.

Pukul 11.30pm bas datang, kami diminta untuk beratur untk pemeriksaan tiket. Selepas lebih kurang 20minit menikmati permandangan Osaka yang tak berapa nak nampak sebab dah malam, bas berhenti di New Hankyu hotel. Hotel ini terletak di antara Shin-Osaka Station dan Hankyu-Umeda station. 
Shin Osaka station : untuk JR line, Shinkansen
Hankyu-Umeda station : untuk local trains access to Osaka, Namba & Umeda

Kami turun di situ as advised by Chie, tuan tanah apartment City Life of Shin Osaka yang aku tempah sebulan sebelum fly melalui Air BnB. Ini kali pertama aku guna Air BnB and untuk negara yang high living cost macam Jepun ni, memang sangat berbaloi. It's cheaper compare to hotel and better compare to hostel. Bukan apa, senang nak solat. Sebab experience aku duduk hostel masa pergi ke Sydney sebelum ni, agak tak selesa untuk aku nak solat, bila diorang keluar baru aku solat. Masa tu pulak tak reti lagi aku nak solat tanpa telekung ni, sekarang Alhamdulillah, belajar perlahan- lahan. Huhuhu..sambung balik..Kali ni terpaksa menaiki taxi untuk ke Himagishikuni memandangkan sudah lewat malam. Beratur sambil menikmati angin malam yang memang menusuk ke tulang, menunggu giliran untuk menaiki teksi, teksi pertama terpaksa dilepaskan sebab encik itu tidak boleh berbahasa Inggeris. Alhamdulillah, teksi yang seterusnya boleh berbahasa Inggeris dengan baik. That taxi uncle (hehehe typical Malaysian) just driving quietly and only talking to us when he needs to review the map from my phone.Total taxi fare sampai ke depan rumah : 3000yen.
And cakap pasal apartment ni,terletak di tingkat 4,interior memang comel je, tapi selesa habis, ada private bathroom, ada small kitchen, microwave, kettle, TV and the most important thing, wifi router 4GB yang boleh dibawa ke hulu dan ke hilir, so senang nak mengoogling huhuhu.. internet kat Jepun memang laju giler,,Lagi..dekat dengan Higashimikuni station untuk Midosuji Line dan Higashi-Yodogawasi station untuk JR line. Dalam 10minit menapak. Tapi ke dua-dua station ni berjauhan antara satu sama lain. Kutub utara kutub selatan macam tu. So checked in sendiri, kunci diletakkan je atas meja. Total untuk 4malam : RM 658.
Untuk malam pertama, kitorang tidur untuk kumpul tenaga sebab esok banyak yang nak di explore.
pegi umah Sunio jap


Our very first day:
Mengikut seperti itinerary yang telah dirancang, tempat pertama yang harus dituju adalah Osaka Castle. Sejarah pasal istana ni bolehlah kalau nak baca dekat japan-guide.com .Dari Himagishikuni station, kami naik Midosuji line dan turun di Hommachi untuk tukar ke Chuo Line bagi menuju ke Tanimachi Chrome 4 iaitu the nearest subway station at Osaka Castle. Sampai di situ, kitorang menapak lebih kurang 10minit untuk sampai ke kawasan istana. 

                                lepak2 ala istana :p

Selepas puas hati berlegar-legar dekat kawasan istana, feeling2 jadi maharani lepak di taman larangan kononya,
kitorang pun bergerak ke destinasi seterusnya.

Umeda Sky Building
Bangunan 173meter tinggi consist of two main towers which are connected with each other by the floating garden observatory di tingkat 39. Admisssion fee 700yen. Untuk ke situ, kitorang berpatah balik ke Shin Osaka station. Bila sampai situ, tiba-tiba rasa macam blurrr je nak ke arah mana. So penyelesaian = information counter, dan berjayalah kami sampai ke situ setelah lebih kurang 20minit jugak berjalan termasuk sesat & tiba-tiba buat U-turn ,pastu patah balik semula sampailah jumpa jalan yang betul. Diringkaskan, keluar je dari station, kita akan lalu di hadapan New Hankyu hotel, teruskan jalan sampai jumpa satu tangga turun  ke dalam satu tunnel pejalan kaki dan apabila terowong tamat, nampaklah destinasi kita tu..yeahhhh Umeda Sky Building. Actually, xdek apa sangat pun, tapi alang-alang dah sampai kan, kita explore la sampai habis. So dari atas, bolehla nampak keseluruhan bandar Osaka yang maju tu.
hakak bila ambil gambar memang semangat lain macam sket
Hari pertama diakhiri dengan dinner di McDonalds dekat Shin-Osaka station sebelum kitorang ambik tren Midosuji Line direction to Senri Chuo untuk balik ke rumah. So #inimalakitapunya tidolah sampai ke pagi untuk restore energy for the next day. 

No comments:

Post a Comment