Sunday, August 14, 2016

Osakakyoto trip 2016 part 3

Malam tu, kitorang just lepak2 area Namba untuk cari makanan. Semua nampak sedap dan menyelerakan, tapi tak halal. Itulah yang paling tak tahan sekali. Masa tu, rasa bertuah betul duduk dekat Malaysia yang kaya dengan makanan. Plan aku sebenarnya nak belanja Kak Ina makan dekat restoren ketam area Namba, tak ingat nama, tapi pernah nampak dalam satu blog kakak tu..tapi sayang takde rezeki. Risaukan rasa kelaparan boleh membawa kepada ketidakstabilan mentaliti, (bab lapar memang boleh bawak gaduh , xleh memain) so Kak Ina ajak aku makan McD je...huhuhu bolehlah kak walaupun dah muak dengan fish fillet itu sebenarnya..lepas tu kitorang jalan-jalan area situ. Nampak banner dengan jalur gemilang bertulis "selamat datang" dengan gambar Hello Kitty bersamping. Bangga sekejap.

Jumpa Daiso, wow best..bila convert to RM, banyak barang yang harga lebih kurang RM3 je..and the quality quite good. Sempat jugaklah merembat USB wyre and ear phone. Ada banyak bento set yang cantik,tapi memikirkan bag yang dah sendat, terpaksa buat-buat tak nampak je..emm sampai sekarang teringat...

Lepas penat berjalan, kitorang ambik tren balik ke Himagishikuni. Balik singgah di Lawson, sebab rasa teringin nau2 nak makan nasik. So tanyalah dekat brader cashier kat situ any vegetarian food available. Dia bagi satu onigiri. Dia tunjuk tudung aku and buat thumb up and cakap "no animal, no animal". Envy betul cara diorang layan customer. Sangatlah berhemah dan bersopan- santun. Konpius jugak aku macam mana dulu diorang boleh datang Tanah Melayu pancung-pancung orang tanpa perasaan atau sebab sikap pemerintah yang strict melampau zaman dulu buat rakyatnya behave..rasanya dah kena tukar sekarang, I went to the Japan and I saw Islam there instead of to the west. 

So malam tu..lenalah tidur kami dalam kepenatan dan kekenyangan.

Hari ke-3
Lepas solat subuh, masing-masing sambung tidur balik. Memang saja niat tak nak kunci jam, pukul 12 lebih baru bangun..hoihoihoi.siap-siap tapi masih tak tahu nak ke mana. Sebelum tidur semalam, ada sorang kawan aku yang kerja dekat Kyoto dah bising-bising PM kat FB kenapa tak pergi dekat dia. So aku just tanya kak Ina nak tak kalau kita pergi Kyoto lagi hari ni..nak jumpa Caun. Kak Ina ON je. lagipun dia kata lebih suka Kyoto. So do I kakkkkk...

So macam semalam, kitorang naik JR Kyoto Line. Tapi hari ni agak expert dah sket..hehehe berlagak plak. Tapi Alhamdulillah, smooth je perjalanan.

SAGANO ROMANTIC TRAIN



Plan hari ni bukan takat jumpa Caun, tapi nak naik Sagano Romantic Train. Sebab semalam tak sempat. Train ni akan membawa kita dari Torokko Saga Station hingga ke Torokko Kameoka station melalui Hozugawa River. Sepanjang 25minit perjalanan, pemandangannya memang SubhanAllah. Nak lagi cantik datanglah masa autumn bila semua daun-daun berwarna emas kekuningan.Tiket sehala 620 yen. Kitorang lepak-lepak kejap dekat area perkampungan Kameoka sebelum patah balik ke Arashiyama dengan menaiki JR Arashiyama di Umahori station. Harga tiket 200yen. Boleh jugak kalau nak pulang ke Arashiyama dengan boat tour macam Zizan dalam Jejak Jepun Zizan.
p/s : The Romantic train do not operate during winter
kampung Kameoka

Dari Arashiyama station, kitorang bergerak ke Uzumasu untuk ke Wadihana Malaysia Restaurant tempat Caun bekerja. Uzumasu Station is just one station after Arashiyama Station direction to Kyoto Station. Memang habis aku kerjakan Nasi Lemak ayam yang Caun sediakan. Caun ni childhood friend aku kat kampung. Beliau dan abangnya, Abg Isyam, ditransfer ke Kyoto bila Wadihana Restaurant bukak cawangan kat situ. Memang kitorang geng masuk masuk paya menyauk ikan, main masak-masak real2 punya, gasing, daun terup dan sebagainya mengikut musim. Dah dekat 10tahun tak jumpa, memang sembang sampai tak hingat, tak perasan hari makin gelap. Lebih kurang pukul 7pm kitorang mintak diri untuk pulang sebab  masih ada tempat yang aku nak pergi dekat Osaka. Jadi sebab  dah kesuntukan masa, sekali lagi kitorang balik naik Shinkansen terus ke Shin-Osaka station.



HARD ROCK CAFE OSAKA


Kalau tidak pergi HRC adalah seperti kalau pergi Kuala Kubu tidak tulis nama di atas batu bagi aku huhuhu..The nearest station to HRC Osaka is Hommachi Station. Keluar dari stesen, just jalan ke sebelah kiri lebih kurang 3 minit, jumpalah HRC Osaka. Cukuplah T-shirt  bagiku sebagai souvenir untuk diri sendiri. Lagi satu HRC terletak di Universal Studio. Dengan itu tamatlah perjalanan aku dan Kak Ina. Huaaa...sayang betul nak tinggal tempat ni. InshaAllah next time datang lagi.Lepastu kitorang terus pulang ke apartment untuk mengemas bag sebab esok flight dalam pukul 11am bound to negara kesayangan.

Last day
Pukul 8am, selepas mengemas bilik dan bersarapan apa yang tinggal, kitorang bergerak ke Shin-Osaka station dan mengambil JR Limited Train Haruka untuk ke Airport. Kos sehala 3000yen. Lebih kurang 50minit perjalanan. Selamat tinggal Jepun. Hingga jumpa lagi. #bow #silaberitunjukajar

 Arigato kozaimasu!!!

No comments:

Post a Comment