ICELAND you had me at hello!!!
Dari London Luton Airport to Keflavik International Airport by Easy jet EZ2295. 
(disebabkan tiada direct flight dari Jeddah ke Iceland, so kitorang decide untuk singgah sahur di London dulu and naik domestic airline ke Iceland). 
Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam, kami sampai lebih kurang 10.30 am local time selepas flight delayed lebih kurang 1 jam 15minit disebabkan emergency evacuation dekat Luton Airport.Seriously, ingat tak sampai dah ke Iceland... Alhamdulillah, if it meant to be it will be..rezeki. Mengingatkan kitorang betapa pentingnya  travel insurance (pilihlah mana yang bersesuaian). 
Sesampai je kat airport, terus ke Blue Car Rental office yang terletak lebih kurang 15minit berjalan kaki untuk mengambil kereta sewa yang dah ditempah siap 2minggu sebelum keberangkatan. 
p/s : banyak review yang agak tak baik pasal rental car company kat sini, so choose it wisely and  do review the details of insurance applied.  
our companion : SUZUKI VITARA 
 
So bermulalah road trip kami... 
Menggunakan google maps and hard copy map yang diprint sebelum fly, kitorang bergerak dari Keflavik ke Reykjavik untuk mendapatkan bekalan makanan. So untuk bahan mentah, boleh dapatkan di Bonus ( macam Tesco kat Malaysia ). Agak susah untuk dapatkan halal foods kat sini, even Bonus ni punya logo pun binatang tersebut. Tapi makanan untuk herbivor tetap ada jangan risau. 
view camni, setiap 5 minit pun rasa nak stop 
 
Destinasi1 : Seljalandsfoss 
The Seljalandafoss 
 
walk behind the stunning waterfall 
lepak-lepak minum kopi yang disahkan halal oleh kitorang 
Destinasi2 : Skogafoss 
dok gerua sorang2 
 
ada trails untuk naik ke atas 
view dari atas 
subhanallah #indahbumiAllah 
 
Kitorang teruskan perjalanan ke Vik untuk cari tempat yang selamat untuk parking kereta dan tidurrrr sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Untuk pakar tidur seperti #baihuhu memang xdek masalah, 6 jam mimpi indah, 
Bangun pagi dengan view gunung-ganang menghijau macam bila-bila masa saja teletubies akan keluar. Subhanallah. Ready for the next adventure yeahhhh!! semangat2 (kalau pergi kerja semangat macam ni mesti dah lama sailang boss punya position hehehe) 
Destinasi3 : Jokusarlon 
Iceberg lagoon 
 
the beach 
So, kitorang berpatah balik menghala  ke Reykjavik mengikut plan yang telah dirancang. 
Destinasi4: Wreckage Plane Site 
The Douglas super DC-3 
 
Kami teruskan perjalanan ke Golden Circle 
Di Golden Circle ada 3 main attractions : Gullfoss; Thingvellir National Park; Geysir 
Tapi kerana kesuntukan masa, kami pilih untuk hanya ke Gullfoss. 
Destinasi terakhir : Gullfoss 
The Gullfoss 
12midnite view : bila malam & siang masing masing tak nak mengalah 
 
my travel companion; Kak Haida 
Iceland terkenal dengan one of the highest taxes in the world. Menggunakan matawang Icelandic Krona. 
Ground cost for 2days in Iceland: 
Kereta sewa : RM 1380/2 
Petrol           : RM 300/2 
Makanan      : RM 100/2 
** kitorang x sewa hotel or any guest house 
Total per person : RM890 
Tips jimat : Seperti biasa book awal or choose non peak season, camping style or couchsurfing; sewa kereta at least 2-5 orang or hitchiking. 
 | 









No comments:
Post a Comment